|
|
| Tuesday, 3-Nov-2009 05:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tudung Bonda Ida©
|
|
Yang ini pula istimewa untuk Bonda Ida yang meminta tudung sepadan dengan persalinan. Anggun berseri kala merai detik bersejarah menyambut kehadiran orang baru ke dalam rumah...
| Quote: | from : noor ida <noorida@xmail.com>
to : Beauty & the Beads <beautynthebeads@gmail.com>
date : Tue, Oct 27, 2009 at 12:09 PM
subject : Re: tudung nikah saya
Akak...
mak saya kata cantik n cermat akak jahit! die kata cantik sgt tudung kitorang..
heh thanks akak!!! nanti nak buat lagi la bebyk kat akak k. |
Alhamdulillah!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Nov-2009 04:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tudung Akad Ida©
|
|
Awal Ida menempah tudung ini untuk dipadankan dengan busana pernikahannya.
Namun kalau sudah jodoh, majlis yang dirancangkan pada penghujung tahun dipercepatkan ke hari terakhir bulan Oktober.
Alhamdulillah tiada halangan untuk menyiapkan tempahan Ida walaupun sebelum ini mood menjahit agak payah untuk diduga.
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Oct-2009 04:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kalau tak dipecahkan ruyung....
|
 |
|
the model
|
|
 |
|
the team
|
|
|
Tuah ayam nampak di kaki..... Tuah BnTB, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Tak pernah termimpi, tak pernah menyangka sama sekali bahawa suatu hari akan dapat berkolaborasi dengan Zery Zamry, Zahnita & ian sham yang merupakan nama² besar dalam industri rekaan fesyen, modelling dan solekan serta tatarias tanahair.
Gandingan mantap team Artisme Republic dalam seni fotografi dan penyuntingan telah membantu menyerlahkan lagi keseluruhan efek bagi memberikan impak maksima. Dan pastinya naskhah ini telah membuat saya tersenyum puas seperti selalu kala menatap hasil sentuhan anak² muda berbakat besar ini.
Mari menjamu mata dengan air tangan terkini koleksi tudung dan selendang BnTB©....
Last but not least, Zanny & iZan
|Photo & editing : Artisme Republic | Make-Up : ian sham | Fuschia Top : Zery Zamry | Mask, Scarves & Wardrobe : BnTB|
Terima kasih atas kolaborasi yang telah menjadi momen paling manis tercatat dlm diari Beauty & The Beads©.
Alhamdulillah.
Jika anda mahu menyertai BnTB's Fan Page di laman Facebook, sila klik di sini.
Terima kasih ye!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Oct-2009 10:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tudung Beauty© buat Sarah
|
|
Tudung Beauty© putih suci melengkapi busana pernikahan Sarah tanggal 10 Oktober lalu.
Semoga kekal bahagia aman sentosa hingga ke akhirnya. Insya-Allah!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Oct-2009 10:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dragonfly©
|
|
Seringkali mahu tampil lain daripada yang lain, maka beliau menyuarakan keinginan untuk mempunyai identiti tersendiri pada tudung Beauty.
Sulaman manik labuci lazimnya menampilkan corak bebunga (selain sang rama-rama yang merupakan signature design BnTB), tapi kali ini beliau mencabar saya menyulam sang pepatung pula.
Mempersembahkan sentuhan istimewa untuk Cik Puan yang baru kembali dari Tanah Suci...
Lengkap dengan topeng berhias seekor pepatung yang menjadikan si pemakai jadi perhatian ramai...
Jauh terbangnya topeng hitam dengan pepatung ini. Alhamdulillah!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Oct-2009 06:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nurin Qaseh
|
|
Assalamu'alaikum WBT
Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Bertemu semula dengan entri pertama selepas demam raya... Kebaya bersulam kerawang milik Nurin sang jurumekap yang namanya kian meniti di bibir para penggemar seni solekan dan bakal raja sehari.
Seperti kebiasaan, transformasi sulam kerawang perlu dibuat dengan teliti. Menyulam manik labuci pada sulaman perlu berhati-hati kerana acapkali jarum terpatah dua. Pemilihan warna juga perlu dibuat dengan bijaksana agar sesuai dengan kain padanannya. Untuk kebaya Nurin ini, saya memilih untuk menggabungkan warna-warna yang serumpun supaya harmoni dengan warna kebaya yang sedia "menjerit".
Perhatikan sulaman polos tanpa manik di sebelah kiri (bunga labuci telah saya sulamkan terlebih dahulu) dengan yang telah diperindahkan di sebelah kanan.
Ini pula sulaman manik labuci pada kerawang di kaki kebaya.....
Keseluruhan tangan dan depan kebaya yang disarungkan pada majlis pertunangan beliau.
Kita tunggu gambar-gambar sempena hari pertunangan Nurin. Sementara itu, untuk anda yang ingin melihat hasil sentuhan jurusolek muda ini, sila layari http://nurinmakeover.fotopages.com
Kepada yang bertanyakan tentang gambar² hasil kerjatangan BnTB yang tak dapat dilihat di sini, sudi²kanlah singgah ke laman alternatif saya http://beautynthebeads.blogspot.com
Segala kesulitan amatlah dikesali, apapun saya harap anda tak serik untuk datang ke sini lagi....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Sep-2009 00:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Lebaran
|
|
Kepada semua sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara, para pelanggan, penyokong dan pengunjung laman BnTB, muslimin-muslimat, di mana jua anda berada....
[Photo & editing : Artisme Republic | Make-Up : Rafie the Make-Up Arts | Wardrobe : BnTB]
Insya-Allah gambar hasil kerjatangan pra Ramadhan & Syawal akan disiarkan selepas cuti raya.
Terima kasih kepada semua untuk segala-galanya.
Sampai jumpa lagi!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Sep-2009 11:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari Kuala Lumpur ke Manchester
|
 |
|
Bingkisan yang siap untuk dikirimkan...
|
|
 |
|
Kos penghantaran lebih mahal daripada sehelai tudung...
|
|
 |
|
tapi kalau hati sudah suka, semua indah saja...... ;-)
|
| | View all 9 photos... |
|
Mungkin benar kata orang tua. Kalau idamkan sesuatu, sebutlah sebanyak 40x nescaya jadi kenyataan. Tapi saya lebih percaya bahawa kata-kata itu adalah doa.
Mungkin ada di antara teman-teman FB yang menyedari tentang bahawa saya sering mengemaskini status di FB dengan "M.U". Pelbagai tekaan dibuat tentang akronim itu sedangkan yang tersurat dan tersirat hanya Dia Yang Maha Mengetahui, selain saya yang empunya diri.
Apapun kisah sebenar di sebaliknya, hari ini saya tersenyum puas kerana "berkat" menyebut-nyebut "M.U", akhirnya di sana "jodoh"ku bertemu. Siapa sangka, hasil kerja tangan yang tidak sepertinya ini telah menambat hati seorang wanita di sana.
Memang saya menggosok-gosok mata tatkala membaca jejak yang ditinggalkan di laman fotopages saya.
"Saya nak tempah tudung beauty ni kaler putih ngan kaler itam.. nak 2 tudung. camner pembayarannya? boleh ke penghantaran ke Manchester?"
Sun 21-Jun-2009, 22:49, Posted by :siti noorbaya
Manchester? M.U? Atau Manek Urai?
Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, dengan izin Yang Maha Kuasa. Lantas saya menghubungi beliau menerusi email untuk perbincangan lanjut. Tidak sukar berurusan dengan beliau. Pengesahan tempahan (siap tambah lagi sehelai), pembayaran deposit semuanya berjalan lancar.
Dan akhirnya bingkisan ini siap untuk dikirimkan...
Kos penghantaran lebih mahal daripada sehelai tudung. Tapi kalau hati sudah suka, semua indah saja......
PM daripada Siti Noorbaya, September 10 at 6:31pm
"akak ku sayang...dah sampai dah parcel tadi kul 11 tadi...ku gembira..nak posing ngan tudung2 jap lagi..CANTEKK..."
Tudung hitam "Ian" terus menjadi pujaan, tampilkan Baya penuh menawan...
Tudung syifon merah jambu, buat Baya tampak ayu...
Kerudung putih dengan renda berperincian manik labuci, penyeri wajah kesayangan si Wayne Rooney (ops, jgn marah eh Encik Suami...)
Apapun, terima kasih daun keladi ye Baya! Kepercayaan yang diberikan telah melakar satu lagi sejarah manis dalam diari Beauty & The Beads©
Alhamdulillah...
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan BnTB baik dari jauh mahupun dekat. Teristimewa buat yang sentiasa setia menemani hingga sempurnanya misi ini.
Insya-Allah, ada rezeki kita ke M.U. nanti...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Aug-2009 02:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Marhaban Ya Ramadhan
|
|
Duhai Illahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti, paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Illahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha, bersedia, meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
maafkan semua kesalahan yang telah dilakukan...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Aug-2009 17:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ratu
|
|
Rupa-rupanya beliaulah yang telah mencadangkan saya kepada teman baiknya Hidayah untuk memperindahkan busana pertunangan Hidayah lebih dua bulan yang lalu. Kali ini beliau sendiri yang meminta saya memberikan sentuhan untuk hari besarnya.
Kurung moden daripada net putih dengan "puff" dari siku ke pangkal lengan bercekak menjadi pilihan Nadiatun untuk majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 27 Julai 2009.
Demi memelihara keaslian sulaman pada net, hanya perincian minimal disulamkan pada depan baju. Taburan manik emas metalik pada cekak lengan diserikan pula dengan kristal pada inti bunga, menjadi daya penarik keseluruhan busana.
Selamat Pengantin Baru Nadiatun & Nizam. Moga kekal ke akhir hayat!
Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Nadiatun yang fotogenik ini, anda boleh klik di sini.
Dan untuk kesekian kalinya, saya dengan rendah dirinya ingin mengingatkan tentang perkara ini...
Saya mohon maaf andai ada yang kecewa. Sesungguhnya keputusan ini terpaksa kubuat dengan hati yang
amat berat, tidak terniat namun bimbang tiada kudrat, kelak tak terbuat... Nanti hidup dan rezeki tak berkat...
Sila ke entri di bawah untuk hasil kerjatangan terkini.
Atau anda juga boleh klik di sini untuk mengetahui apa cerita sebenar di sebalik gambar ini...
|
|
|
|